SEKAPUR SIRIH

SAMPAIKAN WALAUPUN SEPATAH PERKATAAN
Blog Cikgu Dan Tinta ini dibina bertujuan mencatat,menghimpun dan mendokumentasikan hasil-hasil pembelajaran dan pengajaran yang termampu dan sempat dikumpulkan sebagai bahan rujukan ataupun rangsangan kepada diri sendiri,pelajar ataupun sesiapa sahaja yang ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pendidikan.

Tuesday 11 October 2011

PETUA 3:BEKERJASAMA DENGAN GURU DAN SEKOLAH

Bekerjasama dengan guru dan sekolah
  1. Guru adalah sumber terpenting dalam memastikan kejayaan yang cemerlang dalam pembelajaran dan peperiksaan anak.
  2. Banyak maklumat tentang pencapaian anak dan tingkah laku anak di sekolah yang tidak diketahui ibubapa tetapi diketahui oleh guru dan pihak sekolah.
  3. Anak-anak tidak rajin bertanya guru dan memanfaatkan guru sepenuhnya untuk menguasai sesuatu pelajaran.
  4. Ibubapa dan guru adalah pihak yang sama-sama bertanggungjawab membantu kejayaan cemerlang anak dalam peperiksaan mereka.

Bagaimana ibubapa boleh membantu??
  • Ibubapa boleh berjumpa dengan guru kelas dan guru mata pelajaran anak untuk mengetahui berkaitan pencapaian pembelajaran anak di sekolah.
  • Berjumpa dengan kaunselor secara berjadual(2-3 kali setahun) untuk meminta nasihat tentang kemajuan anak.
  • Mengikut aktiviti Persatuan Ibu Bapa Dan Guru(PIBG).
  • Memberi sokongan terhadap program sekolah seperti program motivasi,kelas tambahan dan sebagainya dengan memastikan anak menyerainya.

No comments:

Post a Comment