SEKAPUR SIRIH

SAMPAIKAN WALAUPUN SEPATAH PERKATAAN
Blog Cikgu Dan Tinta ini dibina bertujuan mencatat,menghimpun dan mendokumentasikan hasil-hasil pembelajaran dan pengajaran yang termampu dan sempat dikumpulkan sebagai bahan rujukan ataupun rangsangan kepada diri sendiri,pelajar ataupun sesiapa sahaja yang ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pendidikan.

Wednesday 12 October 2011

PETUA 4:MEWUJUDKAN BUDAYA ILMU DIRUMAH

      Membaca       =>     Menonton      =>     Mendengar       =>     Berinteraksi
  1. Menjadikan membaca amalan dan tabiat seisi rumah.
  2. Membaca adalah tuntutan asas dalam kita mencari ilmu dan mendapat seberapa banyak maklumat.
  3. Membaca bahan-bahan ilmiah,maklumat dan bahan yang dapat meningkatkan motivasi dan ilmu pengetahuan membantu perkembangan intelek pelajar.
  4. Selain membaca,kita boleh menonton dan mendengar bagi menambahkan ilmu pengetahuan.
  5. Budaya membaca dikalangan anak-anak bermula dari rumah.
  
                            Bagaimana ibubapa boleh membantu????
         
          # Ibubapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik dengan membaca
             dihadapan anak dan bersama-sama anak.
          # Membeli bahan bacaan ringan yang bermaklumat dan imiah,kaset-kaset
             motivasi,cakera padat yang memberi pengetahuan.Menggalakkan anak-anak
             membeli bahan bacaan sendiri.
          # Menyediakan sudut bacaan atau mini perpustakaan di rumah serta suasana yang
            merangsang budaya ilmu.
          # Bercerita,berbual dan minta pendapat anak berkaitan pelajaran,isu semasa dan
            berkaitan ilmu bagi melatih anak menyintai ilmu.

No comments:

Post a Comment