SEKAPUR SIRIH

SAMPAIKAN WALAUPUN SEPATAH PERKATAAN
Blog Cikgu Dan Tinta ini dibina bertujuan mencatat,menghimpun dan mendokumentasikan hasil-hasil pembelajaran dan pengajaran yang termampu dan sempat dikumpulkan sebagai bahan rujukan ataupun rangsangan kepada diri sendiri,pelajar ataupun sesiapa sahaja yang ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pendidikan.

Tuesday 11 October 2011

PETUA 2:MEMANTAU TUGASAN SEKOLAH DAN LATIH-TUBI ANAK SETIAP HARI

         *Pentingnya latihan terhadap penguasaan penbelajaran anak.
  • Latihan adalah amat penting untuk setiap pelajar bagi menguji tahap kefahaman dan penguasaan terhadap sesuatu topik atau bab.
  • Anak perlu menjawab soalan peperiksaan sebenar tahun-tahun lepas bagi menimba pengalaman dan keupayaan diri.
  • Anak juga perlu banyak membuat latihan tubi mengikut topik bagi setiap matapelajaran.
  • Menbuat latihan adalah satu kaedah belajar yang berkesan dan ibubapa boleh membantu menyemak latihan anak bagi soalan objektif.

Bagaimana ibubapa boleh membantu??
  1. Memperuntukkan 10minit untuk seorang anak setiap hari bagi membantu perkembangan akedemik,menyemak buku latihan dan memberi kata-kata perangsang untuk anak-anak.
  2. Membeli buku latih tubi yang pelbagai dan set soalan peperiksaan sebenar tahun-tahun lepas(untuk format yang sama).
  3. Menyemak tugasan sekolah yang diberikan oleh guru dan memastikan anak berjaya menyiapkannya.Juga menyemak tugasan yang telah dikembalikan oleh guru.
  4. Menggalakkan anak membuat latihan tambahan setiap hari dan ibubapa boleh membantu menanda latihan anak bagi soalan objektif.Mohon guru menyemak soalan-soalan bukan objektif.
  5. Beri pujian atas tugasan dan latihan yang telah disempurnakan oleh anak.

No comments:

Post a Comment