SEKAPUR SIRIH

SAMPAIKAN WALAUPUN SEPATAH PERKATAAN
Blog Cikgu Dan Tinta ini dibina bertujuan mencatat,menghimpun dan mendokumentasikan hasil-hasil pembelajaran dan pengajaran yang termampu dan sempat dikumpulkan sebagai bahan rujukan ataupun rangsangan kepada diri sendiri,pelajar ataupun sesiapa sahaja yang ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pendidikan.

Tuesday 11 October 2011

7 PETUA UNTUK SKOR "A" DALAM UPSR

PETUA  1:
    Menyusun ulangkaji sistematik untuk peperiksaan anak            

       *Bagaimana sepatutnya anak mengulangkaji:
     1. Membaca dan memahami semua topik.
        - Membaca secara aktif dan keluarkan isi penting.
     2. Membuat nota ringkas,
        - Buat nota peta-minda atau kad nota.
     3. Memahami dan mengingat
        - Dari noya ringkas cuba mengingat menggunakan sistem mengingat.
     4. Membuat latihan,
        - Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas,latih tubi,buku rujukan
           dan  latihan yang diberi oleh guru.
     5. Mendapatkan jawapan yang betul,
         - Belajar dari jawapan yang salah dan dapatkan jawapan yang betul.
     6. Membuat latihan berterusan,
         - Latihan berterusan akan melatih minda untuk mengingat "Ulangkaji
            awal dan jangan di saat akhir"

                            
                              Bagaimana ibubapa boleh membantu??

  • Menyemak ulang kaji anak dan memantau kemajuaan ulangkaji   anak-anak.
  • Memberi tips-tips seperti,anak membaca secara aktif,anak sentiasa membuat nota ringkas,membuat latihan dan memastikan anak faham untuk setiap bab/topik yang mereka pelajari.
  • Mengambil tahu tentang perkembangan anak-anak dalam setiap subjek yang dipelajari.
  • Mengambil tahu tentang perkembangan anak-anak dalam setiap subjek pada ujian/peperiksaan yang terdekat.
  • Isi jadual kemajuan ulangkaji bulanan untuk anak-anak.

                    = )                        Untuk anak-anak                            (=

                    # Untuk menguasai sesuatu subjek anak perlu ulangkaji
                       sebanyak 2 pusingan.
                    # Ulangkaji awal dan jangan di saat akhir.



KESAN    =>    
  • Pemahaman dan penguasaan lebih baik kerana mula ulangkaji awal dan selesai 2 pusingan ulangkaji.
  • Lebih bersedia dan yakin diri daripada pelajar lain.
  • Dapat memahami dan mengingat dengan lebih baik lagi.

    No comments:

    Post a Comment