SEKAPUR SIRIH

SAMPAIKAN WALAUPUN SEPATAH PERKATAAN
Blog Cikgu Dan Tinta ini dibina bertujuan mencatat,menghimpun dan mendokumentasikan hasil-hasil pembelajaran dan pengajaran yang termampu dan sempat dikumpulkan sebagai bahan rujukan ataupun rangsangan kepada diri sendiri,pelajar ataupun sesiapa sahaja yang ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pendidikan.

Thursday 13 October 2011

PETUA 7:AMALKAN PEMAKANAN UNTUK KECERGASAN BADAN DAN OTAK

Mengamalkan pemakanan untuk otak:
         ^-Protein
   = Sumber makanan yang mempunyai protien seperti daging haiwan (ayam &
      lembu ),makanan laut ( ikan,udang,sotong ),sayuran (kekacang,sawi )
     
         ^-Glukosa
   = Makanan yang memberikan sumber glukosa seperti biji-bijian mil penuh
      seperti gandum,beras perang,barli,sayur-sayuran dan buah-buahan.

        ^-Vitamin & Galian
   = Makanan yang mengandungi vitamin dan galian seperti susu,bayam,semua
       jenis kacang (dal,panjang,buncis) dan tomato.

        ^-Air
   =Air merupakan keperluan penting dan setiap hari memerlukan 1.5 hingga 2
      liter (6-8 cawan).Pelajar perlu kerap minum air sekurang-kurangnya sejam
      sekali supaya sel otak berfungsi dengan baik.



                         Bagaimana ibubapa boleh membantu????
  • Ibubapa perlu menyediakan menu dan diet seimbang untuk kecergasan tubuh badan dan otak anak (sarapan:roti,kuih-muih,bijirin.Elakkan makanan berminyak).
  • Ibubapa perlu melatih anak agar selalu minum air selang sejam kerana otak dan badan memerlukannya.
  • Ibubapa perlu memastikan anak selesai makan 1 jam sebelum mula mengulangkaji pelajaran supaya proses penghadaman selesai dan mengelakkan mengantuk.
  • Ibubapa perlu melatih anak agar lebihkan memakan sayuran & buah-buahan.

No comments:

Post a Comment