SEKAPUR SIRIH

SAMPAIKAN WALAUPUN SEPATAH PERKATAAN
Blog Cikgu Dan Tinta ini dibina bertujuan mencatat,menghimpun dan mendokumentasikan hasil-hasil pembelajaran dan pengajaran yang termampu dan sempat dikumpulkan sebagai bahan rujukan ataupun rangsangan kepada diri sendiri,pelajar ataupun sesiapa sahaja yang ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pendidikan.

Wednesday 12 October 2011

PETUA 6:KASIH SAYANG & MOTIVASI

                                Kasih sayang           +         Motivasi
  1. Anak memerlukan kasih sayang yang secukupnya dari ibubapa mereka bagi mewujudkan suasana tenang dalam diri.
  2. Jiwa yang harmoni dan tenang dapat menajamkan tumpuan anak semasa belajar.
  3. Anak tidak suka ibubapa mereka berkelahi,berkonflik di hadapan mereka dan ia akan menggangu fikiran dan jiwa.
  4. Tekanan di rumah membuatkan anak-anak rasa bosan belajar ketika dirumah. 
  5. Motivasi dari ibu bapa adalah amat penting bagi ketahanan jiwa seorang anak.     

                          Bagaimana ibubapa boleh membantu????
    * Ibu bapa perlu tunjukkan perasaan kasih sayang dan anak-anak mesti boleh 
       menikmatinya.
    * Berikan hadiah,pujian,galakan atas apa jua kajayaan dan perkara-perkara 
       positif yang anak lakukan dengan segera.
    * Elakkan bertengkar,berkonflik di hadapan anak.
    * Berikan tumpuan dan luangkanmasa bersama anak terutama anak yang 
       hendak menduduki peperiksaan penting.
    * Didik anak untuk mengasihi diri sendiri,ibubapa mereka,guru,keluarga dan
      agama mereka.


No comments:

Post a Comment